HONG KONG – Syarikat automotif China, Geely enggan mengesah atau menafikan spekulasi ia akan menguasai Proton Holding Berhad (Proton).
Bagaimanapun, saham Geely naik sebanyak 9 peratus pada dagangan Jumaat lalu, berakhir dengan kenaikan sebanyak 8.4 peratus kepada HK$9.75 di Hong Kong berikutan spekulasi ia akan menguasai kepentingan dalam Proton Holdings Berhad (Proton).
Saham syarikat automotif itu melonjak tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan, menjadikannya saham berprestasi baik dalam kalangan 473 saham lain.
“Geely aktif meneroka peluang penguasaan perniagaan di luar”, kata Pengarah Eksekutifnya, Lawrence Ang kepada South China Morning Post.
Geely akan bersaing dengan pembuat kereta Eropah kedua terbesar Groupe PSA, yang memiliki Peugeot dan Citroen untuk menguasai Proton.
Pembuat kereta Perancis itu sudah menjadi rakan teknikal Proton, menyediakan model AX Citroen sebagai dasar untuk Tiara kereta kompak Proton, yang dilancarkan pada tahun 1995. Pengeluaran model yang berakhir di Malaysia pada tahun 2000.
Pembida yang berjaya akan mendapat akses kilang Proton di Tanjung Malim dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000.
“Jika rundingan itu berjaya, ia akan merealisasi cita-cita Geely untuk meneroka pasaran Asia Tenggara,” kata Robin Zhu, penganalisis automotof di Sanford C. Bernstein.
Zhu berkata, Proton yang mempunyai sejarah ‘huru-hara’ sejak penubuhannya pada 1980an, memerlukan Geely mengambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua tahun untuk mengubah keadaan.
Namun, Geely dijangka memerlukan kos yang tinggi untuk berada di Asia Tenggara yang telah didominasi oleh jenama Jepun seperti Toyota, Nissan dan Honda.
Geely menguasai jenama Volvo daripada Ford Motor pada harga AS$1.8 bilion pada 2010. – MalaysiaGazette