LEICESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho secara terbuka mengakui Juan Mata sepatutnya dilayangkan kad merah selepas anak buahnya membenam Leicester City 3-0 di Stadium King Power awal pagi tadi.
Menurutnya, Mata dengan jelas melakukan terjahan bahaya ke atas penyerang The Foxes, Jamie Vardy.
Namun, Mourinho berkata, insiden itu bagaimanapun sangat adil selepas mereka tidak diadili dengan baik sebelum ini.
“Saya perlu melihat di televisyen tetapi jika saya bandingkan dengan apa Claudio Bravo lakukan kepada Wayne Rooney dalam permainan menentang Man City, tidak ada bezanya,” katanya kepada pemberita.
“Jika hari ini keputusan adalah diragui, ia mungkin hanya salah satu daripada sebahagian apabila kami tidak dihukum berat atas kesilapan besar kami.” – MalaysiaGazette