KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Iskandar hari ini perkenan membenarkan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kebenaran itu diberikan selepas pertemuan delegasi ahli gabungan FAM dengan Sultan Johor di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi.
Delegasi ahli-ahli gabungan FAM mengadap Sultan Johor bagi mendapatkan perkenan cadangan melantik TMJ menerajui FAM pada bulan Mac ini.
Pertemuan itu dikongsikan dalam Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ yang ditanya oleh Sultan Johor tentang cadangan ahli-ahli delegasi itu menjawab: “Patik hanya menjunjung titah Tuanku,”.
Sultan Johor kemudian bertitah: “Ubahlah air muka bola sepak tanahair”. – MalaysiaGazette