Home Nasional Felcra cadang beri dividen bulanan

Felcra cadang beri dividen bulanan

Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Felcra Bhd. merancang untuk memberikan dividen setiap bulan kepada pesertanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut adalah hasil daripada projek perintis yang telah dijalankan sejak setahun yang lalu.

“Kami telah menjalankan sebuah projek perintis dengan memberikan dividen bulanan kepada peserta di beberapa buah kampung sejak setahun lalu.

“Nampak gayanya, pemberian dividen bulanan itu menerima sambutan baik oleh peserta yang terlibat,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP), Taman Sembawang, Lundu, Sarawak.

Menurut Ismail Sabri, projek perintis itu melibatkan lima kawasan Felcra di Perak, Pahang dan Terengganu.- MalaysiaGazette