KUALA LUMPUR- Felda Global Ventures Bhd. (FGV) telah menyelesaikan proses menutup anak syarikat tidak aktifnya (dormant), Felda Global Ventures Livestock Sdn. Bhd.
Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, langkah tersebut diambil susulan pengumuman yang dibuat pada 30 Disember 2015 yang mana ia akan menutup tujuh anak syarikat tidak langsung yang dimiliki sepenuhnya oleh FGV.
Anak-anak syarikat tidak aktif lain adalah Felda Enterprises Sdn. Bhd., Felda Construction Sdn. Bhd., Felda Global Ventures Sdn. Bhd.m Felda Palm Products Sdn. Bhd.,Felda Rubber Products Sdn. Bhd. dan Sutrajaya Sdn. Bhd.- MalaysiaGazette