KOTA BHARU- “Biasalah dekat-dekat pilihanraya memang banyak cerita bukan-bukan yang sengaja ditimbulkan orang nakal,” demikian menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika diminta mengulas mengenai tweet Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali yang mendakwa seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan kerana tidak mahu bersubahat di dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Mustapa yang memegang portolio penting itu juga turut terpalit dengan fitnah yang disebarkan Azmin.
Beliau mengharapkan rakyat tidak terpesong dengan berita-berita yang tidak mempunyai kesahihan yang disebarkan di media-media sosial.
Tambahnya, khabar angin tersebut juga tidak menjejaskan kerja-kerja yang dijalankan kerajaan untuk membantu rakyat dan membangunkan negara.- MalaysiaGazette