
KUALA LUMPUR – Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan dikeluarkan pada 15 Februari ini.
Sehubungan itu, semakan secara Online keputusan UPKK boleh dibuat dengan melayari http://semakan.islam.gov.my pada hari tersebut pada pukul 11 pagi hingga 21 Februari (11 pagi), menurut laman Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam.
UPKK yang dijalankan bagi murid-murid KAFA Tahun 5 diadakan pada 10 hingga 13 Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette