Home Nasional Pantai Pengkalan Balak ada buaya

Pantai Pengkalan Balak ada buaya

Gambar hiasan

MELAKA- Pengunjung di kawasan perkelahan Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini cemas apabila terserempak buaya yang sedang berenang dekat dengan pantai berkenaan, tengahari tadi.

Harian Metro melaporkan, seorang pengunjung Amalina Khairunnisa, 24, yang sedang berada di pantai tersebut terkejut apabila mendengar jeritan amaran seorang lelaki yang meminta semua pengunjung yang sedang mandi mengosongkan pantai dengan segera.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

“Ketika kejadian sebahagian besar pengunjung yang sedang mandi adalah kanak-kanak. Apa lagi, mereka terus mengosongkan pantai selepas diarahkan lelaki terbabit.

“Saya juga sempat tengok buaya itu tenggelam timbul beberapa saat sebelum hilang. Saya syak ia sudah berenang ke kawasan lain agaknya,” katanya.

Pada mulanya ramai menyangka objek dilihat itu kayu hanyut dan hanya tahu ia adalah buaya selepas diberitahu lelaki berkenaan yang juga pekerja pembersihan.- MalaysiaGazette