Home Sukan Burnley ikat kemaraan Chelsea

Burnley ikat kemaraan Chelsea

Robbie Brady meraikan gol penyamaan menentang Chelsea di Stadium Liberty malam tadi.

ENGLAND – Burnley berjaya menyekat hasrat pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea untuk meraihkan tiga mata penuh dalam aksi di Stadium Turf Moor semalam.

Chelsea yang bertandang ke tempat  terikat 1-1 dalam perlawanan penuh sengit itu.

Ia sekaligus mengecewakan Chelsea yang cuba melebarkan kedudukan kepada 12 mata dengan pesaing terdekat Tottenham Hotspurs.

Swansea yang beraksi di gelanggang sendiri berjaya menang empat perlawanan berturut-turut tanpa dibolos.

Bagaimanapun rekod itu dipadamkan The Blues apabila Pedro Rodriguez telah mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan pada seawal minit ke-7.

Skuad kendalian Antonio Conte menguasai perlawanan di setiap sudut atas padang.

Bagaimanapun, pemain baharu Robbie Brady yang berpindah dari Norwich City berjaya mengejutkan the Blues.

Brady telah menyamakan kedudukan terikat 1-1 menerusi sepakan percuma yang gagal ditepis penjaga gol Thibaut Courtois.

The Clarets nyaris mengejutkan the Blues dengan gol kedua sebelum separuh masa pertama tamat sebelum Thibaut Courtois berjaya menepis bola cubaan Matt Lowton dari jarak dekat.

Di separuh masa kedua, Chelsea gagal mencatatkan percubaan tepat apabila Burnley berjaya menguasai bola di atas padang.

Namun, kedua-dua pasukan gagal membuka sebarang jaringan kedua sebelum perlawanan tamat.

Dengan keputusan itu Chelsea menghuni tangga teratas liga dengan 60 mata manakala Tottenham di tempat kedua dengan 50 mata, diikuti Arsenal (50), Liverpool (49) dan Man City (49) dan Manchester United (48).

Saingan untuk menamatkan musim EPL kali ini di empat teratas liga bertambah sengit.- MalaysiaGazette