SINGAPURA – Petronas menetapkan faktor harga untuk minyak mentah Malaysia (MCO) untuk Februari pada AS$4.20 setiap tong, turun AS$0.05 daripada bulan sebelumnya, kata syarikat itu pada Isnin.
Faktor harga bulanan ditambah kepada purata harga Brent bertarikh Platts diterbitkan pada bulan tersebut untuk memperolehi harga mentah rasmi jualan (OSP) Malaysia.
Petronas mengubah mekanisme OSP yang berkuatkuasa Januari 2017, mendasarkan harga penanda aras kepada sekumpulan empat gred minyak mentah Labuan, Cahaya Miri, Kikeh dan Kimanis. – MalaysiaGazette