KUALA LUMPUR – Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Primeworks) memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua pihak yang tersinggung di atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang mentor program tersebut.
Primeworks memaklumkan pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada malam Ahad lalu tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara.
“Kami juga ingin memohon maaf kerana kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.
“Berikutan insiden ini, kami telah memberi peringatan kepada semua krew produksi syarikat termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang,” katanya Primeworks dalam satu kenyataan hari ini.