Home Dunia Tiada lagi penyanyi dangdut seksi

Tiada lagi penyanyi dangdut seksi

SOPAN. Penyanyi dangdut, Ikke Nurjanah ketika membuat persembahan di Tangerang.-Tempo

JAKARTA – Penyanyi wanita dangdut di Tangerang, Banten di sini tidak lagi dibenarkan memakai pakaian seksi seperti mini skirt ketika membuat persembahan.

Mereka terpaksa akur dengan larangan itu bagi memenuhi permit mereka diluluskan pihak polis, menurut laporan Jakarta Post semalam.

“Kami terpaksa akur (larangan pakaian seksi). Kita pilh mengikut peraturan daripada mengalami kerugian,” kata ketua kumpulan dangdut RGJ yang biasa membuat persembahan di kampung-kampung sekitar Tangerang.

Sebelum itu, menurutnya, penyanyi wanita kumpulannya biasa memakai pakaian seksi dan sendat bagi menarik penonton.

Menurut Tong, kumpulannya sering membuat persembahan di Dadap atau Cisoka dan mematuhi permintaan penganjur.

Sebelum ini, rata-rata penganjur mahu penyanyi dangdut berpakaian seksi termasuk melakukan tarian erotik bagi menarik pengunjung membuat saweran atau melempar duit kepadanya.

Malah ada pengunjung menyentuh penyanyi wanita sambil memberikannya wang.

Sementara itu, menurut polis, peraturan itu sebaai usaha mengelak berlaku jenayah akibat perebutan melihat dan menyentuh penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Keganasan Wanita Indonesia membantah larangan itu yang didakwa sengaja mendakwa wanita sebagai punca kejadian jenayah dan mahu polis membuat saringan kepada pengunjung terlebih dahulu.

Menurut wakilnya, pemakaian seksi penyanyi wanita dangdut bukan kehendak mereka sendiri tetapi lebih kepada kehendak penganjur bagi mendapatkan keuntungan.-MalaysiaGazette