Home Sukan Dakwaan itu palsu – Marcus Rashford

Dakwaan itu palsu – Marcus Rashford

MANCHESTER – Marcus Rashford menjelaskan dia gembira di Manchester United walaupun terdapat dakwaan mengatakan pemain berusia 19 tahun itu kecewa dengan kehidupan di Old Trafford.

Dalam laporan yang tidak didedahkan itu, Rashford didakwa tidak mahu membuka rundingan mengenai kontrak baru bersama United.

Ini kerana dia tidak gembira dengan kekurangan masa bermain ketika ini dalam pasukan selepas menjadi penyerang kedua kelab selepas Zlatan Ibrahimovic.

Bagaimanapun, menurut Manchester Evening News, laporan itu adalah tidak benar dan palsu.

Jelas laporan itu, Rashford yang menandatangani kontrak jangka panjang baru musim panas lalu, gembira dengan perkembangannya sejak berada di bawah kendalian Mourinho. – MalaysiaGazette