Home Nasional MAHB diarah beri kerjasama kes kematian lelaki Korea

MAHB diarah beri kerjasama kes kematian lelaki Korea

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mengendalikan klia2 diarah memberi kerjasama dalam siasatan kematian seorang lelaki warga Pyongyang kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tion Lai berkata, kerjasama itu dari aspek maklumat kamera litar tertutup bagi membantu siasatan polis.

Katanya, kes itu tidak ada kaitan tentang tahap keselamatan di lapangan terbang terbabit kerana ia memilik keselamatan yang tinggi, lantaran itu isu berkenaan bukan menjadi kebimbangan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kematian seorang lelaki yang diberi bantuan perubatan di klia2 pada pagi 13 Februari.

Kejadian itu berlaku selepas lelaki yang didakwa abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sedang menunggu penerbangan ke Macau setelah berada di negara ini sejak awal bulan ini. – MalaysiaGazette