PARIS – Angel Di Maria menjadi wira Paris Saint-Germain (PSG) selepas berjaya menjaringkan dua gol bagi membantu gergasi Perancis itu menundukkan Barcelona 4-0 dalam pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Parc Des Princes di sini, awal pagi tadi.
Bekas bintang Manchester United itu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma sebelum melencongkan bola yang menerjah ke pintu gol Barcelona.
Dua lagi pemain yang ditandatangani bulan lalu Julian Draxler turut menyumbat gol sementara Edinson Cavani yang juga menyambut hari jadinya yang ke-30 tidak ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-71.
Kekalahan Barcelona itu merupakan satu lagi kejutan selepas kali terakhir mereka tewas dengan jaringan besar dalam kancah saingan Eropah di tangan Bayern Munich 7-0 secara agregat pada separuh akhir 2013.
Pengendali Barcelona Luis Enrique mengakui harapan pasukannya dalam saingan berprestij itu sudah berakhir musim ini.
The Catalan kini di ambang penyingkiran pertama kali daripada suku akhir dalam tempoh satu dekad pertandingan elit itu, kecuali mereka mampu bangkit dalam aksi timbal balas di Camp Nou bulan depan. – AGENSI