Home Ekonomi RAM jangka ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus

RAM jangka ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd. (RAM Ratings) meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 4.5 peratus tahun ini.

Ini sekali gus menunjukkan terdapat “pemulihan perlahan” kepada ekonomi Malaysia.

Dalam penerbitan bulan Novembernya, Tinjauan Masa Hadapan Ekonomi 2017, RAM Ratings berkata, memontum pertumbuhan dijangka meningkat selepas mencatatkan perkembangan perlahan beberapa tahun lepas didorong terutamanya permintaan domestik yang stabil.

Pengunaan swasta dijangka kekal kukuh pada kadar enam peratus manakala pertumbuhan pelaburan swasta mengukuh kepada 5.5 peratus disokong oleh pembangunan infrastruktur berterusan.

“Ini bermakna permintaan luaran masih mengalami ketidaktentuan.

Permintaan luaran kekal lembap semenjak tahun lepas di sebalik kadar tukaran asing yang lebih kompetitif kepada pengeksport tempatan,” katanya.- MalaysiaGazette