Home Dunia Operasi pembersihan Rohingya sudah berakhir

Operasi pembersihan Rohingya sudah berakhir

Tentera Mynamar yang didakwa ada kaitan dengan pembersihan etnik Rohingya telah keluar dari utara Rakhine. Foto Agensi

YANGOON – Tentera Myanmar telah dihentikan “operasi pembersihan” di utara Rakhine, kata seorang pegawai kanan, sekali gus menamatkan tindakan kejam selama empat bulan oleh pihak keselamatan negara itu hingga memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran.

Beratus-ratus daripada minoriti Islam terkorban dan hampir 70,000 telah melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera melancarkan kempen bagi mengesan pihak yang terlibat menyerang pos sempadan polis.

Sebilangan besar komuniti Rohingya didakwa dirogol, dibunuh dan diseksa manakala kediaman mereka dibakar oleh pihak keselamatan Myanmar.

PBB telah mengeluarkan satu laporan yang mengesahkan keganasan yang dilakukan oleh pihak keselamatan Myanmar yang disifatkan sebagai satu jenayah kemanusiaan.

Berbulan-bulan Myanmar menolak laporan media asing dan kumpulan hak asasi manusia tentang kekejaman yang dilakukan kepada penduduk Rohingya.

Tetapi, dakwaan PBB telah memberi tekanan kepada kerajaan awam Myanmar yang diketuai oleh Aung San Suu Kyi untuk mengekang keganasan pihak tentera ke atas Rohinya.

Lewat petang semalam, tentera telah mula meninggalkan kawasan itu yang diletakkan di bawah kawalan polis.

“Keadaan di utara Rakhine kini telah stabil.

“Operasi pembersihan yang dijalankan oleh tentera telah berhenti, perintah berkurung telah dikurangkan dan kehadiran polis dikekalkan untuk mengekalkan keamanan,” kata Penasihat Keselamatan Negara, Thaung Tun dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Kerajaan telah ditugaskan suruhanjaya negeri yang disokong diketuai oleh bekas anggota tentera yang dilantik sebagai Naib Presiden, Myint Swe untuk menyiasat dakwaan dalam laporan PBB.

“Kami telah bersedia untuk bertindak jika terdapat bukti jelas penganiayaan,” Thaung Tun berkata dalam kenyataan itu.

Lebih daripada satu juta umat Islam Rohingya tinggal di negeri Rakhine, yang mana mereka dianggap sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan kewarganegaraan dinafikan.

Konflik perkauman ganas antara penganut Buddha dan Rohingya pada tahun 2012 mengakibatkan berpuluh-puluh ribu tinggal sebagai pelarian di dalam kem, yang mana hak kehidupan mereka pada hari iniĀ  tidak ubah seperti apartheid. – MalaysiaGazette