Home Ekonomi Ringgit dijangka stabil pada S4 2017

Ringgit dijangka stabil pada S4 2017

KUALA LUMPUR – Pretasi ringgit dan mata mata wang serantau dijangka stabil pada akhir suku eempat apabila pasaran kedudukan kewangan global semakin baik.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pelaksanaan langkah-langkah untuk membangunkan, memperdalam dan menangani ketidakseimbangan yang semakin nyata dalam pasaran pertukaran asing domestik dan harga minyak mentah dunia yang lebih kukuh, juga menjadikan pasaran pertukaran asing domestik lebih stabil menjelang akhir suku tersebut.

Bank Pusat berkata demikian dalam kenyataan mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan 2016.

Ringgit menghadapi pelarasan tambahan pada suku itu berikutan kegiatan spekulasi dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (non-deliverable forward contract, NDF).

Menurutnya, secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak 7.6 peratus berbanding dengan dolar AS pada suku keempat.

Ringgit juga menyusut nilai berbanding dengan euro (-1.6 peratus), paun sterling (-2.4 peratus dan dolar Australia (-2.5 peratus) tetapi menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (6.3 peratus).

Mata wang tempatan itu  juga menyusut nilai berbanding dengan semua mata wang serantau, kecuali won Korea, antara 2.1 peratus hingga 5.6 peratus.

BNM mnambah, ringgit dan semua mata wang utama serantau menyusut nilai berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku keempat didorong oleh aliran keluar pelaburan portfolio daripada ekonomi sedang pesat membangun dalam keadaan ketidakpastian daripada keputusan Pilihan Raya Presiden AS.

Ini kerana jangkaan kadar faedah akan meningkat, kenaikan sebenar dalam kadar dasar Rizab Persekutuan AS pada bulan Disember 2016 .

Selain itu jangkaan kadar faedah AS akan kembali ke paras wajar dalam tempoh yang lebih cepat pada tahun 2017 memburukkan lagi aliran keluar portfolio dan terus menambah tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama dan serantau.  – MalaysiaGazette