KUALA LUMPUR – Selepas giat menjejaskan keyakinan orang ramai terharap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan satu kongres kononnya untuk membela nasib pekebun-pekebun kecil dan peneroka.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kongres yang akan diadakan di Shah Alam itu bertujuan mengembalikan Felda di landasan yang betul, sambil mendakwa entiti itu kini menyimpang daripada landasan asalnya.
“Kita bersetuju di peringkat Pakatan Harapan untuk mengadakan kongres peneroka Felda. Kita harapkan daripada segi penglibatan dan sokongan maka ia sudah tentu peneroka dan pekebun kecil dalam pembelaan nasib mereka sebagai peneroka dan pekebun kecil,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Menurut Syed Ibrahim, kongres tersebut akan turut membentangkan beberapa kertas kerja dalam mengambalikan fungsi Felda sebagai alat untuk membasmi kemiskinan di negara ini.
Sebelum ini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli giat mendedahkan Felda dan anak-anak syarikatnya mencatatkan kerugian operasi RM1.4 bilion pada 2004. – MalaysiaGazette