Home Ekonomi Pertumbuhan ekonomi Singapura terpantas dalam tempoh 5 tahun

Pertumbuhan ekonomi Singapura terpantas dalam tempoh 5 tahun

SINGAPURA- Ekonomi Singapura berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh lima tahun semasa suku keempat 2016 didorong oleh lonjakan pengeluaran seiring dengan permintaan eksport yang semakin pulih,

Bloomberg melaporkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 2.9 peratus pada suku keempat berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kenyataan Kementerian Perdagangan republik itu berkata, ekonomi Singapura berkembang sebanyak dua peratus pada 2016, lebih tinggi berbanding anggaran awal iaitu 1.8 peratus.

“Sebagai salah sebuah negara Asia yang sangat bergantung kepada perdagangan, Singapura mendapat manfaat daripada permintaan yang semakin pulih dari Cgina dengan eksport dan output industri melonjak pada suku keempat.

“Tinjauan masa hadapan masih kekal tidak menentu berikutan permintaan global masih lemah ditambah dengan ugutan Amerika Syarikat yang bercadang mengenakan halangan perdagangan kepada negara-negara seperti China,” katanya.

Kerajaan Singapura menjangkakan ekonomi negara tersebut berkembang satu peratus kepada 3.0 peratus pada 2017 dan memulakan pelbagai strategi untuk mengekalkan kadar pertumbuhan purata sekitar 2.0 peratus sehingga 3.0 peratus pada tahun-tahun mendatang.

Unjuran tersebut akan membantu memberi garis panduan kepada bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Heng Swee Keat pada Isnin serta polisi bank pusat yang akan dikaji semula pada April ini. – MalaysiaGazette