Home Nasional Projek penyembelihan ayam di Selayang akan diteruskan – DBKL

Projek penyembelihan ayam di Selayang akan diteruskan – DBKL

Datuk Ibrahim Yusoff (tengah) mengedarkan kertas bungkusan kepada para peniaga sebagai simbolik Majlis Perasmian Let's Do It Malaysia - Eco & Biodegradble Day di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Cadangan projek pembinaan pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang Lama akan diteruskan walaupun mendapat bantahan daripada penduduk sekitar.

Menurut Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Datuk Ibrahim Yusof, projek berkenaan telahpun mendapat kelulusan semua agensi kerajaan, malah Kementerian Kesihatan juga turut memberikan kelulusan.

“Sebenarnya tapak sembelih ayam telah diluluskan oleh agensi kerajaan dan ada beberapa perkara yang teknikal telah diselesaikan oleh pihak pemaju. Cuma barangkali masyarakat di situ tidak dipanggil,” kata Ibrahim selepas melancarkan program “Let’s Do it Without Polystrene”

Pada 8 Februari lalu, sekumpulan peniaga dan penduduk sekitar pasar berkenaan berhimpun bagi membantah cadangan projek pembinaan pusat penyembelihan ayam di kawasan berdekatan kawasan mereka.

Menurut mereka, projek yang bakal dibina dalam masa terdekat itu akan menimbulkan pelbagai masalah terutama kesesakan lalu lintas, soal kebersihan sekitar selain bimbang penularan wabak penyakit.

“Kalau KKM sudah beri kebenaran yang mematuhi kehendak KKM semua benda ini tidak timbul. Semua sudah diluluskan mungkin rakyat disana tidak tahu lagi.

“Projek itu akan diteruskan dan kita ambil semua kebimbangan rakyat kerana projek penyembelihan ayam ini akan diambil kira semua dari jumlah ayam dan kebersihan dan JAKIM akan tentukan kaedah halal,” jelas beliau lagi.

DBKL sebelum ini di agar membatalkan segera projek terbabit dan lebih menumpukan kepada cadangan membina kemudahan tempat letak kereta yang lebih menjadi keutamaan. -MalaysiaGazette.