WASHINGTON – Telefon peribadi Adolf Hitler, yang digunakan untuk menentukan arahan pembunuhan semasa Perang Dunia II dilelong pada harga AS$243,000.
Warna asal telefon Batkelite itu hitam tetapi kemudian dicat merah dan diukir dengan nama Hitler, ditemui di lokasi bawah tanah milik pemimpin Nazi di Berlin pada tahun 1945 selepas kekalahan rejim itu.
Bagaimanapun, Alexander Historical Auctions yang mengendalikan lelongan itu tidak mendedahkan identiti pembida yang menang.
Bidaan telefon itu dimulakan pada harga AS$100,000.
Pegawai Rusia memberi alat peranti itu kepada seorang pegawai tentera, Sir Ralph Rayner ketika lawatan di bawah tanah selepas Jerman menyerah kalah. – MalaysiaGazette