
MELBOURNE – Lima orang terbunuh dalam nahas pesawat yang merempuh bumbung sebuah pusat beli-belah selepas berlepas dari Lapangan Terbang Essendon.
Pesawat turboprop Beechcraft King Air dipercayai mengalami kerosakan engin merempuh bangunan itu yang terletak di penghujung landasan lapangan terbang tersebut.
Saksi-saksi memberitahu, pesawat itu meletup sebaik sahaja merempuh bangunan berkenaan.
“Tidak ada mangsa yang selamat,” kata Penolong Komisioner Polis Victoria, Stephen Leane.
Nahas berlaku kira-kira pukul 9 pagi, sejam sebelum pusat beli-belah itu dibuka.
Kemalangan itu sedang disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. – MalaysiaGazette