Home Dunia HR McMaster penasihat keselamatan baharu Trump

HR McMaster penasihat keselamatan baharu Trump

HR McMaster

WASHINGTON – Presiden Donald Trump melantik Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai penasihat keselamatan yang baharu.

Beliau akan menggantikan Michael Flynn yang melepaskan jawatan selepas tiga hari bertugas.

McMaster yang pernah berkhidmat di Iraq dan Aghanistan, yang mana beliau bertugas sebagai pemacu anti rasuah kerajaan.

Calon pilihan pertama Trump, Robert Harward menolak tawaran jawatan itu atas sebab-sebab peribadi.

Mr Trump menyifatkan emuji Herbert Raymond McMaster sebagai seorang lelaki yang mempunyai bakat biasa dan berpengalaman luas dan sangat dihormati dalam tentera.

McMaster pernah dianugerahkan Silver Star untuk keberanian untuk perkhidmatan semasa Perang Teluk

Beliau yang berkhidmat di Afghanistan dan Iraq dikenali sebagai seorang yang bertimbang rasa, berani dan seorang pakar strategi ketenteraan. – MalaysiaGazette