LONDON – Arsenal melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA Emirates setelah menewaskan Sutton United 2-0 pada aksi awal pagi tadi.
The Gunners dan pengurusnya, Arsene Wenger dikritik hebat sejak kekalahan 1-5 di tangan Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.
Namun dalam aksi semalam skuad kendalian Wenger membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi Lucas Perez sebelum Theo Walcott menambah jaringan pada minit ke-55.
Ia merupakan gol peribadi ke-100 bagi Walcott bersama Arsenal.
Pada suku Arsenal akan bertemu Lincoln City di laman sendiri.
Pada perlawanan awal agi tadi, Sutton mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun ia disia-siakan.
“Saya bangga dengan anak murid saya yang berjuang sehingga minit terakhir dalam perlawanan tadi.
“Kami mendapat tiga peluang mencipta gol di gawang lawan, tetapi gagal memanfaatkannya.
“Kami lebih menghargai Arsenal yang bermain dengan kami dalam pusingan kelima saingan FA,” kata Pengurus Sutton, Paul Doswell.
Sementara Arsene Wenger bangga anak buahnya berjaya memberi keputusan positif di padang sintetik yang menguji kecergasan pemainnya.
“Sutton dari Divisyen 5, memberi persaingan seingit kepada kami sepanjang perlawanan dan saya perlu memuji aksi lawan yang bersemangat sehingga minit terakhir,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette