OHIO – Setiap kanak-kanak tahu apabila berada kesusahan, mereka boleh menghubungi polis.
Atas sebab itu, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan menyiapkan kerja rumah matematik.
Meskipun di luar tugas hakiki, seorang pegawai polis di Marion, Ohio tampil membantu kanak-kanak itu.
Lena Draper memutuskan untuk menggunakan Facebook bagi menghubungi polis, dengan menghantar permohonan bantuan kerja sekolahnya.
“Saya ada masalah dengan kerja rumah. Bolehkan anda bantu,”? kata Lena.
“Masalah apa?,” jawab BJ Gruber, yang berharap ia adalah mata pelajaran Sejarah kerana kurang bijak dalam matematik.
Gruber, bagaimanapun cukup yakin dengan jawapan pada kedua-dua soalan yang diberikan oleh Lena.
Malah, beberapa orang telah menunjukkan jawapan yang Lena berikan dan menyifatkan soalan kedua lebih rumit.
“Kami mahu meningkatkan kepercayaan, ketelusan dan mudah didekati. Masih bekerja pada kemahiran matematik,” kata pegawai polis itu dalam laman Twitter selepas ibu Lena Molly dimuat naik screenshot perbualan anaknya dalam Facebook.
Posting itu mendapat ‘Like’ 2,300 kali.
Sambil berseloroh, beliau harap polis tidak dilimpahi dengan soalan matematik selepas ini. – MalaysiaGazette