Home Dunia Korea Selatan timbang bawa isu pembunuhan Jong-nam ke PBB

Korea Selatan timbang bawa isu pembunuhan Jong-nam ke PBB

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol bercakap pada sidang media mengenai kematian abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-Nam di Kedutaan Korea Utara, Damansara. foto FAREEZ FADZIL, 20 FEBRUARI 2017

SEOUL – Korea Selatan sedang mengkaji untuk membawa isu pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara baru-baru ini ke mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan datang, kata Kementerian Luar Korea Selatan.

“Mengenai pembunuhan terbaharu, (kerajaan) sedang mengkaji satu tindakan untuk memperlihatkan kekejaman dan sifat tidak berperikemanusiaan rejim Korea Utara untuk perbincangan kumoniti hak asasi manusia antarabangsa,” kara jurucakap Kementerian Luar, Cho June-hyuck yang merujuk kepada perhimpunan majlis PBB itu pada minggu depan.

Kim Jong-nam dipercayai dibunuh dengan menggunakan racun oleh ejen Korea Utara di klia2 pada 13 Februari lalu ketika beliau sedang menunggu peberbangan untuk ke Macao.

Sesi peringkat tertinggi majlis PBB itu akan bermula pada 27 Februari ini di Geneva yang mana Naib Menteri Luar, Ahn Chong-ghee akan menghadiri perhimpunan itu, lapor Yonhap.

“Kerajaan merancang untuk menekankan keperluan bahawa Korea Utara bertanggungjawab ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan merayu perhatian komuniti antarabangsa selain memberitahu keadaan hak asasi manusia Korea Utara,” kata jurucakap itu.