Home Sukan Leicester City pecat Claudio Raneiri

Leicester City pecat Claudio Raneiri

Claudio Raneiri dipecat sebagai Pengurus Leicester City semalam selepas sembilan bulan menjulang piala EPL. Foto: Guardian
Rekod buruk Leicester City sejak awal musim ini memaksa pemilik kelab memecat Claudio Raneiri berkuatkuasa semalam. Foto: Guardian
Rekod buruk Leicester City sejak awal musim ini memaksa pemilik kelab memecat Claudio Raneiri berkuatkuasa semalam. Foto: Guardian

ENGLAND –  Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam dikejutkan dengan berita Claudio Ranieri, dipecat sebagai Pengurus Leicester City berkuatkuasa serta merta.

Pengurus kelahiran Itali itu dimaklumkan mengenai pemecatan tersebut selepas mendarat bersama skuadnya di England setelah mengharungi saingan pusingan ke 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla semalam.

Dalam aksi semalam Leicester tewas 2-1 kepada Sevilla.

Pemecatan Ranieri turut mengejutkan dunia bola sepak khususnya bekas Pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp dan Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang meluahkan perasaannya di akaun Twitternya.

” Juara England, Pengurus terbaik FIFA…dipecat.. itulah dunia bola sepak moden, Claudio. Terus sabar dan senyum amico. Tiada siapa yang boleh memadam sejarah kamu lakar di England,” kata Jose.

Harry menyifatkan pemecatan Ranieri sebagai biadab dan sangat mengecewakan.

Ranieri dipecat sembilan bulan selepas mencipta sejarah menjulang piala Liga Perdana Inggeris untuk the Foxes pada musim 2015/2016 lalu.

Pemecatan Ranieri juga menyusul dua minggu selepas pengurusan tertinggi Leicester memberi jaminan dan sokongan untuk Raneiri terus menerajui the Foxes sehingga akhir musim ini.

Kelab yang menggerunkan beberapa kelab gergasi England dalam kanca liga tempatan musim lalu memulakan saingan musim ini agak buruk apabila menduduki tangga ke-17 untuk ke Zon penyingkiran selepas mengharungi 25 perlawanan.

Sejak awal tahun 2017 ini, Leicester hanya sekadar mengumpul satu mata dari enam perlawanan terakhir sehingga dipisahkan dengan satu mata dengan pasukan zon penyingkiran.

“Status Ranieri sebagai pengurus paling sukses dalam sejarah Leicester tidak boleh dinafikan tanpa soal, tetapi keputusan domestik telah memaksa keputusan menukar kepimpinan terpaksa dilakukan,” kata kelab itu lagi. – MalaysiaGazette