Home Utama Ubat nyamuk, teh ikat tepi temani media buat liputan kes Jong-nam

Ubat nyamuk, teh ikat tepi temani media buat liputan kes Jong-nam

Jurufoto BERNAMA, Mohd Zulfadhli Zulkarnain yang bertugas shif malam menyalakan lingkaran ubat nyamuk bagi menghindar nyamuk ketika membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Istitut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Masuk hari ke-11 mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un yang masih belum dituntut berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur menyebabkan petugas media dalam dan luar negara masih berkampung di sini.

Petugas media yang ditemui ada antara mereka tidak mandi dan terpaksa berkorban masa mereka dengan tidur di tepi jalan hadapan IPFN dari siang hingga malam, ada yang bersilih tukar ganti dan ada yang kekal bertugas.

Juruvideo sambilan, Mohd Khushrin Lani yang menyumbang rakaman untuk agensi antarabangsa Reuters berkongsi pengalaman keletihan dan tidur tepi jalan atas beg tidur yang dibawanya sejak sembilan hari bertugas di IPFN.

“Ini masuk hari ke sembilan saya membuat liputan kes pembunuhan Jong Nam, mula-mula saya ingat malam pertama dan kedua boleh bertahan lagi tetapi nampaknya ia benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.

“Saya terpaksa tidur tepi jalan depan ini dan ada masanya tidak sempat mandi kerana perlu berjaga sentiasa disebabkan tidak boleh terlepas rakaman penting untuk agensi saya,” kata Khushrin kepada MalaysiaGazette yang ditemui di HKL.

Jurukamera Reuters, Mohd Khusrin Lani yang bertugasshif iputan kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Jurukamera Reuters, Mohd Khusrin Lani yang bertugasshif iputan kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

Bagaimanapun, Khushrin yang berpengalaman selamat empat tahun sebagai juruvideo mengganggap tanggungjawab yang diberi perlu diteruskan walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

“Memang lah penat, cuma dah nama tanggungjawab kita kena teruskan jugalah,” kata beliau.

Sementara itu, seorang lagi petugas media, wartawan meja jenayah, Mohd Audi Ghazali daripada agensi berita BERNAMA juga berkongsi pengalaman serupa dengan Khushrin yang terpaksa berdepan cabaran dari segi mental sepanjang bertugas di HKL masuk hari keenam di sini.

“Saya berjaga masuk hari keenam disini, memang nampak penat lah sebab kita terpaksa tunggu waris Jong-nam tuntut mayat, kita pun tidak tahu sampai bila dan kena juga teruskan bertugas sampai waris tuntut,” kata beliau.

Wartawan BERNAMA, Mohd Audi Ghazali yang bertugas pawaktu malam membuat liputan Kes Pembunuhan Kim Jong-Nam di Istitut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Wartawan BERNAMA, Mohd Audi Ghazali yang bertugas shif  malam bagi kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

Menurut Audi, wartawan yang bertugas siang dan malam di HKL sudah mula nampak letih dengan terpaksa tidur tepi jalan, berpanas dan juga ada yang tidak mandi demi semata-mata tidak mahu terlepas daripada sebarang berita sepanjang membuat liputan.

“Ia sangat mencabar minda kami, macam-macam kita kena hadapi seperti kena tidur tepi jalan, berpanas, tak makan, tak mandi dan macam-macam lagi tapi nak buat macam mana kita kena hadapi juga,” katanya.

Audi berkata wartawan yang bertugas tidak dapat menduga apa yang akan berlaku seterusnya, sebagai contoh dimana tiba-tiba Duta Korea Utara hadir ke IPFN dan mengadakan sidang media secara spontan.

“Pernah berlaku pada satu hari di mana kita ingat tidak apa-apa yang berlaku tapi tiba-tiba Duta Korea Utara sampai ke IPFN dan kemudiaan mengadakan sidang media.

“Semua media bergegas ke lokasi, ada yang juga mereka yang berada di hotel terpaksa berpatah balik ke HKL selepas mengetahui kedatangan duta tersebut,” katanya.

Jurufoto BERNAMA, Mohd Zulfadhli Zulkarnain yang bertugas pada waktu malam membuat liputan Kes Pembunuhan Kim Jong-Nam di Istitut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Jurufoto BERNAMA, Mohd Zulfadhli Zulkarnain yang bertugas shif bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

Seorang lagi petugas media, Mohd Zulfadli yang bertugas sebagai jurufoto BERNAMA juga berkongsi pengalaman bagaimana perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tempat tidur yang tidak selesa dan terpaksa berjaga-jaga dengan keadaan semasa.

“Memang mula-mula agak kekok nak menyesuaikan diri, lama kelamaan saya dapat sesuaikan diri dapat adjust mana timing dan cara nak tidur.

“Bukan tidur betul-betul pun, sekadar tidur ayam sebab kena standby di lokasi kalau-kalau ada sesiapa datang ke sini,” katanya.

Pintu pagar utama IPFN juga ditutup dan sesekali dibuka untuk kenderaan tertentu keluar masuk terutama ambulans dan kenderaan jenazah.

Keadaan itu mungkin berlarutan sehingga satu tempoh dan yang pastinya segala siasatan kes pembunuhan itu selesai atau lebih tepat lagi mayat mendiang dituntut ahli keluarga.

Bungkusan minuman yang tergantung di pokok, kerusi dan sebagainya seperti menjadi pemandangan biasa ketika para jurufoto dan wartawan bertugas pada waktu malam ketika membuat liputan Kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017
Bungkusan minuman yang tergantung di pokok, kerusi dan sebagainya seperti menjadi pemandangan biasa ketika para jurufoto dan wartawan bertugas pada waktu malam ketika membuat liputan Kes pembunuhan Kim Jong-Nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 25 FEBRUARI 2017

Bagi mengelak digigit nyamuk, kumpulan media yang bertugas akan menyalakan lingkaran ubat nyamuk. Mereka juga membentangkan kotak atau apa sahaja barangan yang boleh dibuat sebagai pengalas tempat untuk sesekali melelapkan mata.

Ada yang mengusik keadaan petugas media di HKL umpama gelandangan dan hakikatnya itu adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi apabila bergelar media.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il didakwa dibunuh oleh dua orang wanita di bawah arahan ejen Korea Utara. Jong-nam secara terbuka mengkritik penguasaan dinasti keluarganya di negara itu.

Polis mendakwa lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di klia2 pada 13 Februari lalu ialah Kim Jong-Nam. – MalaysiaGazette.