Home Nasional Agen VX tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini

Agen VX tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini

Hilmi Yahaya

PURTAJAYA – Agen saraf VX yang ditemui pada mayat Kim Jong-nam tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, agen saraf VX adalah senjata kimia yang boleh melumpuhkan sistem saraf.

Sesiapa sahaja yang terkena dengan toksik paling tinggi itu boleh mati dalam masa setengah jam akibat kegagalan pernafasan.

“Penemuan agen ini pada tubuh Jong-nam adalah kali pertama berlaku di Malaysia,” katanya di sini.

Bagaimanapun, katanya, bahan toksik itu sukar dikesan kerana ia dibawa masuk pada jumlah yang kecil sahaja.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakal mengesahkan bahan toksik terlarang itu digunakan untuk membunuh Jong-nam.

Analisa awal itu diperoleh dari eksibit swab yang diambil pada muka dan mata mangsa. – MalaysiaGazette