Home Ekonomi Dow Jones catat rekod terbaik 30 tahun

Dow Jones catat rekod terbaik 30 tahun

NEW YORK – Indeks-indeks saham Dow Jones ditutup pada rekod tertinggi untuk hari ke-12, sekali gus merekodkan prestasi terbaik berturut-turut paling lama bagi indeks saham sejak Januari 1987.

Penganalisis berkata, prestasi Wall Street disokong oleh pembentangan rancangan perbelanjaan dan cukai oleh Presiden Donald Trump pada Kongres Selasa ini.

Dow Jones Industrial Average, salah satu daripada tiga indeks saham utama di Amerika Syarikat ditutup 15 mata lebih tinggi kepada 20.837.

Dalam ucapan awal, Trump berkata: “Kami akan membuat ia lebih mudah bagi negara-negara untuk melabur dalam infrastruktur dan saya akan membuat pengumuman besar malam esok atas infrastruktur.”

Trump berkata, beliau akan berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan sebanyak AS$54 bilion (£43 bilion), kenaikan 10 peratus, dalam rancangan belanjawan yang dicadangkan untuk 2018.

Indeks S & P 500 juga naik dua mata lebih tinggi kepada 2,370, manakala indeks Nasdaq Composite meningkat 17 mata kepada 5,862.

Dow Jones pernah merekodkan paras tertinggi untuk 13 sesi berturut-turut pada bulan Januari 1987, sembilan bulan sebelum kejatuhan pasaran merundum Black Monday. – MalaysiaGazette