Home Dunia Dakwaan guna agen saraf VX tidak masuk akal – Korea Utara

Dakwaan guna agen saraf VX tidak masuk akal – Korea Utara

SEOUL – Korea Utara menolak hasil bedah siasat Malaysia yang mencadangkan agen saraf  VX telah digunakan untuk membunuh abang Kim Jong-un atau Kim Chol.

Agensi berita yang dikendalikan oleh Korea Utara, sebaliknya berkata, dakwaan penggunaan toksik berbahaya yang dikesan pada mayat lelaki itu tidak masuk akal, kurang ketepatan saintifik dan kepaduan logik.

Laporan itu diterbitkan oleh agensi berita Korean Central selepas dua wanita yang dituduh menyerang Kim Chol di balai berlepas lapangan terbang pada 13 Februari lalu didakwa hari ini. – MalaysiaGazette