Home Nasional Pengalaman wartawan dan suasana luar biasa kes Jong-nam

Pengalaman wartawan dan suasana luar biasa kes Jong-nam

Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru ketika membawa dua suspek wanita Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aishah, 25, masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia masuk kedalam mahkamah untuk pertuduhan berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017.

SEPANG – Hari-hari biasa Kompleks Mahkamah Sepang di sini tenang sahaja.

Namun hari ini, tiba-tiba sahaja perkarangan kompleks itu bertukar menjadi lokasi yang menjadi tumpuan ramai sehingga dikawal rapi pada tahap tertinggi.

Ini semua gara-gara ia pendakwaan terhadap dua suspek wanita, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong ekoran kes kematian Kim Jong-nam – abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Saya yang tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira 3.30 pagi mendapati kawasan itu awal-awal lagi sudah dikawal sekumpulan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelihatan anggota polis bersiap sedia untuk pendaftaran media tempatan dan antarabangsa yang hadir untuk membuat liputan sebelum masuk ke dalam kompleks mahkamah berikutan suspek wanita Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aishah, 25, masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia untuk dibicara berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017
Kelihatan anggota PDRM bersiap sedia untuk pendaftaran media tempatan dan antarabangsa yang hadir untuk membuat liputan sebelum masuk ke mahkamah berikutan suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017.

Meskipun kehadiran anggota-anggota polis tidak ketara lagi pada waktu itu tetapi tidak sampai satu jam semakin ramai anggota keselamatan dan wakil media termasuk antarabangsa hadir.

Kelihatan media tempatan dan antarabangsa beratur seawal jam 5pagi sebelum masuk ke dalam kompleks mahkamah bagi membuat liputan berikutan suspek wanita Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aishah, 25, masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia untuk dibicara berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017
Kelihatan media tempatan dan antarabangsa beratur seawal jam 5 pagi sebelum membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017.

Keadaan kemudiannya menjadi hingar bingar dan sesak.

Kawasan luar perkarangan kompleks mahkamah pula, ada rakan-rakan media antarabangsa dan tempatan sudah mula mundar-mandir mencari sudut terbaik melaporkan berita masing-masing.

Kira-kira 80 orang wakil media sudah berada di situ lebih awal daripada saya dan difahamkan ada sebahagian mereka tidak tidur kerana menunggu sejak tengah malam tadi di Bandar Salak Tinggi.

Khemah-khemah juga disediakan di sebelah kanan pintu masuk bagi kemudahan pendaftaran media, wakil kedutaan dan peguam yang bakal berurusan dengan mahkamah.

Kelihatan anggota polis memasang tali sebagai kawasan larangan kepada media untuk masuk bagi membuat liputan berikutan suspek wanita Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aishah, 25, masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia untuk pertuduhan berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2017
Kelihatan anggota polis memasang tali sebagai kawasan larangan kepada media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam masuk di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2017.

Bagi mengelak kesesakan dalam bilik mahkamah, seramai 15 wartawan tempatan dan 15 wartawan antarabangsa sahaja dibenarkan masuk.

Telefon bimbit dan perakam suara diserahkan kepada polis di tempat pendaftaran sebagai aspek keselamatan.

Di lobi mahkamah pula, wartawan yang akan memasuki bilik perbicaraan perlu menjalani pemeriksaan imbasan.

Semuanya demi keselamatan memandangkan kes yang dikendalikan oleh mahkamah itu adalah kes berprofail tinggi.

Semakin matahari naik, kehadiran polis semakin dirasai.

Ratusan media tempatan dan antarabangsa beratur bagi mendapatkan keberan anggota polis untuk masuk kedalam kompleks mahkamah bagi membuat liputan berikutan suspek wanita Doan Thi Huong, 29, dan Siti Aishah, 25, masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia untuk pertuduhan berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2017
Ratusan media tempatan dan antarabangsa beratur bagi mendapatkan pas kebenaran masuk ke mahkamah bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2017.

Pasukan polis dengan lengkap bersenjata, memakai jaket kalis peluru iaitu pasukan elit polis, Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman juga mengambil tempat di seluruh bangunan tiga tingkat itu.

Situasi luar biasa Kompleks Mahkamah Sepang itu juga mencuri tumpuan orang awam di kawasan sekitar Salak Tinggi dan mereka hadir beramai-ramai mengambil tahu perkembangan yang berlaku.

Dalam keadaan sesak itu berlaku sedikit kekecohan sebaik sahaja dimaklumkan sebuah kereta yang memasuki mahkamah itu membawa suspek pertama, Doan.

Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.
Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang tiba di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.

Bunyi siren polis meningkatkan adrenalin para pengamal media khususnya jurufoto dan jurukamera yang berebut-rebut mahu merakam momen tujuh buah kenderaan diiringi polis membawa suspek wanita pertama pukul 9.34 pagi dan Siti Aisyah tiba pukul 9.40 pagi.

Wakil Kedutaan Vietnam ke Malaysia dikeremuni media tempatan dan antarabangsa bagi mendapatkan kenyataan beliau ketika hadir berkenaan perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017
Wakil Kedutaan Vietnam ke Malaysia dikerumuni wakil media tempatan dan antarabangsa bagi ketika hadir berkenaan perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong-nam di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.

Mereka diiringi oleh STAFOC yang lengkap bersenjata dan bertopeng yang kemudiannya mereka mengambil posisi masing-masing.

Kenderaan yang membawa Doan dan Siti Aisyah berhenti di penjuru bangunan mahkamah.

Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 yang berasal dari Vietnam dibawa keluar dari mahkamah oleh Sepasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) selepas pertuduhan berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017
Suspek wanita Doan Thi Huong dibawa keluar dari mahkamah oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) selepas didakwa dalam kes  pembunuhan Kim Jong-nam  di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017.

Jurukamera dan juruvideo juga berkejar-kejaran bagi merebut peluang merakamkan gambar saspek dan aksi-aksi ‘ganas’ mereka sudah pasti mendapat perhatian anggota polis yang berada di kawasan mahkamah.

Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.
Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong yang didakwa dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam memasuki  Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.

Sampai satu peringkat, ada dalam kalangan jurukamera dan juruvideo ‘melanggar’ kawasan pita kuning menyebabkan salah seorang anggota polis memberi amaran keras ke arah dengan menjerit-jerit memarahi mereka.

“Jangan tolak dan dekati kawasan ini, saya akan tahan kamu nanti” kata salah seorang daripada anggota STAFOC bertugas.

Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.
Kenderaan yang dipercayai membawa suspek wanita Doan Thi Huong tiba di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.

Amaran itu menyebabkan keadaan reda dan terkawal sedikit dan mereka akur dengan arahan diberikan anggota PDRM yang bertugas.

Doan dan Siti Aisyah dibawa masuk secara berasingan ke dalam mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai jaket kalis peluru.

Suspek wanita Siti Aishah, 25 yang berasal dari Indonesia dibawa oleh Sepasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) masuk kedalam mahkamah untuk pertuduhan berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017
Suspek wanita Siti Aishah dibawa oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) masuk kedalam mahkamah untuk pendakwaan di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017.

Setiap pergerakan kedua-dua suspek tidak lepas daripada lensa kamera. Berbanding Siti Aisyah yang nampak tenang, wajah Doan pula nampak cemas.

Doan mungkin terkejut, lantaran itu dia sering ‘berselindung’ di sebalik kawalan polis pengiring.

Keadaan tenang sedikit semasa kedua-dua suspek berada di dalam mahkamah namun beberapa wartawan yang di luar sibuk menghantar berita masing-masing.

Sebagai rekod, Siti Aisyah adalah warga negara Indonesia dan Doan dari Vietnam.

Kim Jong-nam dibunuh di klia2 pada pagi 13 Februari lalu semasa berada di balai berlepas untuk penerbangan ke Macau.

Mangsa yang duduk di penjuru balai berlepas, tiba-tiba didatangi oleh dua wanita dan menyerkup mukanya.

Jong-nam yang diberi rawatan di klinik di klia2 kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke sana.

Kim Jong-nam dibunuh di klia2 pada pagi 13 Februari lalu semasa berada di balai berlepas untuk penerbangan ke Macau.

Mangsa yang duduk di penjuru balai berlepas, tiba-tiba didatangi oleh dua wanita dan menyerkup mukanya.

Jong-nam yang diberi rawatan di klinik di klia2 kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke sana.

Berbalik keadaan di mahkamah, sebaik sahaja pendakwaan selesai dan kedua-dua saspek diiringi ke Penjara Kajang, keadaan Kompleks Mahkamah Sepang kembali tenang seperti biasa.

Melalui pengalaman hari ini, jujur saya kata, situasi itu agak ‘menakutkan’ kepada saya yang pertama kali membuat liputan berita jenayah berprofail tinggi.

Namun, melihat kehebatan anggota STAFOC mengawal keadaan, berada di sekeliling bangunan Kompleks Mahkamah Sepang, hati saya lega.

Mungkinkah situasi sama pada kes itu disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, 13 April nanti? – MalaysiaGazette