Home Dunia Polis Indonesia rampas 2 kereta mewah dipecayai diseludup dari Malaysia

Polis Indonesia rampas 2 kereta mewah dipecayai diseludup dari Malaysia

PONTIANAK – Polis Kalimantan Barat merampas dua buah kereta mewah, Porsche Carrera yang dibawa sebuah trak semasa melakukan operasi kelmarin.

Polis syak kedua-dua buah kereta mewah itu diseludup dari Malaysia menerusi pusat pemeriksaan di sempadan, namun polis tidak mngesahkan pusat pemeriksaan mana kenderaaan tersebut memasuki Indonesia, lapor Jakarta Post.

Porsche Carrera itu akan dihantar ke Jakarta menerusi pelabuhan Dwikora, Pontianak. Bagi mengabui mata pegawai keselamatan, lori yang membawa diisi dengan getah.

Ketua Polis Kalimantan Barat, Inspektor Jeneral Musyafak berkata, pegawainya sedang menyiasat kes itu dan telah memperolehi nama pembeli di Jakarta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Polis (Jenayah), Comr. Masudi berkata, kedua-dua kereta dimasukkan dalam trak di Terminal Batu Layang dan akan dibawa ke Jakarta dengan menggunakan kapal yang dijadualkan berlepas awal pagi semalam.

Semenata itu, pemandu lori di Jakarta yang tidak mahu dikenali berkata, beliau telah diarahkan untuk membawa kenderaan tersebut dari Jakarta ke Cirebon, barat Jawa.

“Kami akan memeriksa kedua-dua kereta dan nombor casis yang akan membolehkan kami mengetahui sama ada ia daripada luar negara. Bagaimanapun, apa yang kami boleh sahkan ialah kereta ini dibawa masuk dari sempadan Malaysia-Indonesia,” kata Masudi.