ENGLAND – Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester City terus dilanda kontroversi sejak pengurus bersejarah, Claudio Ranieri dipecat Khamis lalu.
Dua hari selepas pemecatannya, bekas Pengurus England, Roy Hodgson dikhabarkan bakal menjadi pengganti Ranieri.
Dalam perkembangan terbaharu hari ini, Pengurus Northern Ireland, Michael O’Neill pula dikatakan calon terbaharu dikaitkan dengan jawatan yang sama.
Sejak pemecatan Ranieri, kelab yang dimiliki jutawan Thailand itu masih belum memiliki pengganti sesuai.
Pengurus sementara, Craig Shakespeare yang sedang menjaga kepentingan pasukan itu mendahului senarai pengurus tetap sepenuh masa mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ranieri selepas kemenangan 3-1 ke atas Liverpool di laman sendiri.
Bagaimanapun, O’Neill dilihat mempunyai kelebihan dengan pengalaman mengendalikan beberapa pasukan dalam liga domestik ke tahap lebih baik.- MalaysiaGazette