Home Dunia Penentuan Gabenor Jakarta April ini

Penentuan Gabenor Jakarta April ini

Basuki Tjahaja Purnama.

JAKARTA – Persaingan bagi pemilihan jawatan Gabenor Jakarta akan diputuskan pada 4 Mei, selepas penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama gagal untuk mendapat keputusan 50 peratus.

Purnama, yang sedang dalam perbicaraan kerana menghina al-Quran, mendahului undi pusingan pertama dengan 43 peratus dan berhadapan dengan Anies Baswedan yang memperolah 40 peratus undi.

Purnama atau lebih dikenali sebagai Ah-Hok adalah dari kaum Cina yang menjadi gabenor pertama bukan Islam di Jakarta sejak separuh abad lalu.

Beliau dijangka berhadapan dengan Baswedan pada 19 April ini. – MalaysiaGazette