Home Ekonomi Harga minyak dunia jatuh

Harga minyak dunia jatuh

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh dalam dagangan Asia hari ini, menghapuskan beberapa kenaikan daripada sesi sebelumnya di tengah-tengah kebimbangan terhadap pematuhan Rusia untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Angka yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan pengeluaran minyak Februari Rusia tidak berubah dari bulan Januari iaitu 11.11 juta tong sehari (bpd), menurut data Kementerian Tenaga.

Jumlah pengeluaran Rusia itu menimbulkan keraguan terhadap pematuhan Rusia dalam perjanjian OPEC untuk mengekang pengeluaran minyak dunia.

Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat, jatuh AS$0.19 atau 0.3 peratus kepada AS$53.14 setong selepas naik 1.4 peratus pada sesi penutup sebelumnya.

Brent pula jatuh 0.2 peratus kepada AS$55.77 setong.

Harga minyak naik pada Jumaat lalu disebabkan dolar lemah selepas Pengerusi Riazab Persekutuan, Janet Yellen membayangkan kadar faedah akan dinaikan pada mesyuarat yang dijadualkan pada 15 Mac ini.

Kelemahan dolar memacu harga-harga komoditi termasuk minyak manakala kenaikan kadar faedah akan menyokong bagi dolar Amerika Syarikat, kata penganalisis, kenaikan dalam jangka sederhana telah diambil kira.

Harga-harga minyak mentah juga disokong oleh berita peningkatan gangguan bekalan di Timur Tengah, kata ANZ dalam nota penyelidikannya. – MalaysiaGazette