Home Politik Isu orang muflis urus YAWAS, kenapa Azmin buat-buat tak tahu?

Isu orang muflis urus YAWAS, kenapa Azmin buat-buat tak tahu?

Jamal menunjukkan kepada media carian di Jabatan Insolvensi Malaysia berhubung status kebankrapan Pengurus Besar YAWAS

KUALA LUMPUR – Kenapa Menteri Besar Selangor sengaja buat-buat tidak tahu mengenai pelantikan seorang yang muflis sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah seorang yang muflis.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Itu menjadi persoalan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo sambil berkata, mustahil Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak mengetahui status individu tersebut sebelum melantiknya pada September tahun lalu.

Tindakan ke atas individu yang sama selepas dibiarkan dua bulan itu pun selepas status pengurus besar itu seorang muflis diketahui umum juga menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Persoalannya adakah Azmin betul-betul tidak tahu mengenai status muflis itu atau beliau buat-buat tidak tahu?

“Azmin dilaporkan berkata mengetahui Pengurus Besar YAWAS, Kamsani Nasir seorang muflis sejak dua bulan lalu (dilapor Malaysiakini) tapi malangnya sampai ke hari ini pentadbirannya tidak mengambil sebarang tindakan.

“Mengapa Azmin begitu sayang kepada pengurus besar ini, ini satu soalan perlu dijawab Azmin. Adakah ia disebabkan beliau sendiri yang memilih Kamsani ini?” kata Ismail dalam satu kenyataan dalam entri akaun Facebooknya semalam.

Ismail merujuk kepada Pengurus Besar YAWAS, Kamsani Nasir yang didedahkan oleh Presiden Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos sebenarnya seorang muflis minggu lalu.

Beliau turut mendesak Azmin menjawab tuduhan berhubung laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melibatkan penyelewengan dana YAWAS dimana keraguan transaksi dana YAWAS berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan bagi program kebajikan rakyat Selangor tapi disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang bukan di Selangor.

“Mengapa Azmin tak jawab persoalan ini? Azmin perlu jelaskan mengenai skandal YAWAS seperti pendedahan Jamal dan bukannya memberi alasan “siasatan sedang dibuat”. Sikap berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah dan kekusutan dalam pentadbirannya, rompakan dalam pentabdiran Azmin nampaknya berlaku secara terbuka,” katanya lagi.-MalaysiaGazette