Home Dunia Laluan M1 dikosong bagi pendaratan cemas Jet2

Laluan M1 dikosong bagi pendaratan cemas Jet2

Laluan M1 ditutup selepas pesawat Jet2 dilaporkan ada masalah. foto Agensi

LONDON – Laluan M1 ditutup kepada semua lalu lintas Sabtu selepas sebuah pesawat Jet2 dari Gran Canaria dilaporkan dalam keadaan kecemasan.

Polis terpaksa menutup dua laluan dekat Lapangan Terbang East Midland untuk memberi laluan kepada pesawat berkenaan, yang kemudiannya selamat mendarat.

Trafik ditutup antara kira-kira 20 minit.

Lapangan terbang itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga selepas pesawat LS670 yang membawa 153 orang penumpang itu dimaklumkan bermasalah.

Jurucakap Jet2 berkata, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat dan sedang diperiksa.

Pada tahun 1989, sebuah pesawat Belfast ke British Midland terhempas berhampiran Kegworth, Leicestershire, di laluan M1, membunuh 47 orang ketika ia dilencongkan ke Lapangan Terbang East Midlands. – MalaysiaGazette