Home Nasional Kakitangan Kedutaan Korea Utara dibenar keluar, masuk

Kakitangan Kedutaan Korea Utara dibenar keluar, masuk

Laluan pintu masuk Kedutaan Korea Utara dipasang dengan pita halangan polis.

KUALA LUMPUR – Kakitangan Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara dekat sini akhirnya dibenarkan untuk keluar masuk premis tersebut selepas berunding dengan pegawai polis.

Syaratnya, mereka membenarkan dipantau oleh polis.

Kedutaan Korea Utara menjadi tumpuan selepas Malaysia menghalang kakitangan kedutaan itu keluar dari negara ini.

Seorang kakitangan Kedutaan Korea Utara berada di luar premis di Jalan Batai, Bukit Damansara.Seorang kakitangan Kedutaan Korea Utara berada di luar premis di Jalan Batai, Bukit Damansara.

Ia sebagai tindak balas arahan yang sama dikenakan kepada kakitangan kedutaan Malaysia di Pyongyang.

Pasukan polis tiba di kawasan sekitar kedutaan itu dan melakukan sekatan jalan raya yang menghala ke kedutaan tersebut.

batai2

Polis turut memasang pita kuning di hadapan pagar kedutaan itu dan beberapa anggota polis dengan senjata berada di sekitar kawasan berkenaan.

Sekatan jalan raya diadakan menghala ke Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai.
Sekatan jalan raya diadakan menghala ke Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai.

Keadaan di kawasan itu terkawal dan sekumpulan petugas media masih berkampung di hadapan kedutaan.

Media dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur akan tiba di Kedutaan Korea Utara sebentar lagi. – MalaysiaGazette