Home Nasional MIC minta kerajaan rujuk UNSC bebaskan rakyat Malaysia

MIC minta kerajaan rujuk UNSC bebaskan rakyat Malaysia

S. Vell Paari

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia diminta mendapatkan bantuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membebaskan warganya yang dilarang meninggalkan Korea Utara.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata, tindakan Korea Utara menahan warga Malaysia sebagai ‘tebusan’ Penaha rakyat Malaysia oleh Korea Utara sebagai ‘tebusan’ tidak boleh diterima.

“Saya harap kerajaan Malaysia terus berpendirian tegas ke atas provokasi yang dilakukan rejim Korea Utara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Korea Utara hari ini melarang warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu buat sementara waktu sehingga siasatan berkaitan kes pembunuh warganegaranya, Kim Jong-nam diselesaikan dan mayatnya dihantar ke negara itu.

Vell Paari yang menyifatkan tindakan Korea Utara itu tidak bertanggungjawab menggesa rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, bersatu bersama kerajaan dalam menentang tindakan buli Korea Utara.

 

“Saya harap kerajaan Malaysia terus berpendirian tegas ke atas provokasi yang dilakukan rejim Korea Utara,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menyambut baik tindak balas kerajaan yang turut menyekat warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Berikutan tindakan itu, katanya, Malaysia perlu mengeluarkan waran tangkap ke atas Setiausaha Kedua Keduataan Korea Utara ke Malaysia, Hyon Kwang Song, yang dikaitkan sebagai individu penting dalam siasatan pembunuhan Kim Jong-nam. – MalaysiaGazette