Home Sukan PSG serius mahu ‘pinang’ Sanchez

PSG serius mahu ‘pinang’ Sanchez

Alexis Sanchez

LONDON UTARA – Selepas dikaitkan dengan Juventus dan Sevilla sejak dua minggu lalu, penyerang Arsenal Alexis Sanchez kini diburu kelab gergasi liga Perancis, Paris Saint Germain.

Pasukan mewah Perancis itu yakin dalam mendapatkan khidmat bintang Gunner, Sanchez pada akhir musim ini.

Sanchez tidak diturunkan dalam aksi pada Sabtu menentang Liverpool apabila skuad kendalian Arsene Wenger dimalukan 3-1 di Anfield.

Wenger dilaporkan hilang kesabaran dengan pemain antarabangsa Chile itu selepas pemain itu didakwa terlibat dengan pertengkaran bersama rakan sepasukannya di Stadium Emirates.

Sanchez yang turun sebagai pemain simpanan di separuh masa kedua ketika the Gunners ketinggalan 2-0 bergelut untuk mencari gol pertama pasukan.

Sanchez dilaporkan hampir pasti tidak akan memperbaharui kontrak di Emirates dengan PSG sedang mendahului kelab terkemuka lain dalam mendapatkan khidmat pemain itu.

Sanchez telah menjaringkan 17 gol bersama the Gunners sepanjang musim ini.

Menurut Daily Mirror, PSG dikatakan sanggup menawarkan bekas pemain Barcelona itu £300,000 seminggu untuk meninggalkan London Utara pada akhir musim ini.

Sementara, kelab serie A Itali, JUventus juga dikhabarkan sedang memantau perkembangan pemain itu.

Tetapi sumber rapat memberitahu, pemain berusia 28 tahun itu teringin untuk kembali ke Itali selepas lina tahun bersama Udinese sebelum berhijrah ke Barcelona pada tahun 2011.

Sanchez turut diburu Liga Super China Hebei Chine Fortune, dan kelab itu didakwa sanggup membayar gaji £500,000 seminggu kepada Sanchez. – MalaysiaGazette