SEOUL – Pyongyang melarang semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, kata media negara itu.
Situasi itu berpotensi menjadi rakyat Malaysia sebagai tahanan di tengah-tengah ketegangan hubungan diplomatik Pyongyang dan Kuala Lumpur selepas kes pembunuhan Kim Jong-nam.
“Semua warga Malaysia di Korea Utara buat sementara waktu ini dilarang daripada meninggalkan negara sehingga kejadian itu yang berlaku di Malaysia diselesaikan,” kata pegawai Kementerian Luar Negara Korea Utara kepada Korea Central News Agency. – MalaysiaGazette