Home Seni Hidup Fattah Amin nafi jalin hubungan dengan Azrinaz

Fattah Amin nafi jalin hubungan dengan Azrinaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa dia kini menjalinkan hubungan rapat dengan seorang celebriti yang merupakan bekas isteri orang kenamaan, Azrinaz Mazhar Hakim.

Fattah dalam satu kenyataan berkata ia merupakan fitnah yang dilemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Hal ini membuatkan saya sebagai orang yang difitnah terpanggil untuk membuat satu kenyataan kerana perkara ini adalah satu benda yang tidak betul dan tidak pernah berlaku.

“Sejujurnya saya agak terkilah dengan mengaitkan saya bersama individu VVIP dan ia sama sekali tidak benar. Pada mulanya saya cuba untuk mengambil langkah berdiam dan tenang, cuma lama kelamaan cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Azrinaz turut memuat naik gambar mereka bersama di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi posting itu ramai yang mula membuat andaian masing-masing mengenai hubungan persahabatan mereka.

“Saya memohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga jatuh fitnah. Secara tidak langsung ianya akan mendatangkan kesan yang tidak baik sehingga jatuh fitnah.

“Hanya kerana tuan empunya diri datang ke kafe saya sebagai pelanggan dan memuat naik status di laman sosial, timbul isu yang saya sedang ‘mengenali’ seorang wanita VVIP.

“Sedangkan pada hari dan waktu yang sama wanita itu ‘CP Azrinaz’ datang bersama-sama kawan-kawannya dan yang lain juga membuat benda yang sama dan persoalannya kenapa isu dan tuduhan itu terhadap saya dan dia.

“Bagi saya hal ini tidak sepatutnya menjadi bualan atau isu kerana ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini kerana ‘CP Azrinaz’ adalah juga selebriti dan itu yang menjadikan ia satu bahan bualan sehingga menjadi fitnah,” jelas  pelakon KL Special Force.-MalaysiaGazette.