Home Akhbar Cina Sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar 24 jam

Sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar 24 jam

Gambar Hiasan

KANGAR – Jemaah Menteri dilaporkan sudah memberi lampu hijau supaya pintu sempadan dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis dibuka secara 24 jam.

Dua pintu sempadan itu pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Sinchew Daily melaporkan, langkah melanjutkan wakti operasi pintu sempadan mungkin dilaksanakan seawal bulan depan tetapi juga mungkin ditunda sehingga Julai.

Walaupun pegawai Kastam Diraja di Malaysia (KDRM) dan Imigresen berdiam mengenai perkara itu, tetapi ura-ura mengenai operasi 24 jam sudah pun bertiup kencang.

Pegawai Imigresen Thailand pula memberitahu tidak tahu akan perkara itu dan menyatakan khabar angin bertiup dari arah Malaysia.

Walau bagaimanapun, para pengusaha industri pelancongan melihat operasi 24 jam akan menggalakkan pelancong menghabiskan lebih banyak masa di Thailand.

“Kami pada masa ini perlu bertolak pulang dari Hatyai selewat-lewatnya pukul 10 kerana pintu sempadan akan ditutup pada pukul 12 tengah malam.

“Jika pintu sempadan beroperasi 24 jam, pelancong mungkin mahu berada lebih lama di Thailand,” kata seorang pengusaha.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pernah mencadangkan supaya operasi pintu sempadan dipendekkan.

Cadangan itu dibuat selepas mengambil kira bahawa lebih 10,000 orang menggunakan sempadan di Bukit Kayu Hitam dari pukul 6 petang hingga tengah malam setiap minggu untuk berhibur di Dannok di sebelah Thailand.

Keadaan itu dikatakan hanya menguntungkan perniagaan di Thailand dan merugikan Malaysia.