Home Dunia 19 maut rumah perlindungan terbakar

19 maut rumah perlindungan terbakar

Mangsa kebakaran di rumah perlindungan di Guatemala dbawa ke hospital San Jose Pinula. foto AFP

GUATEMALA – Sembilan belas remaja perempuan maut dan 25 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah perlindungan Virgen de Asuncion di San Jose Pinula, kira-kira 25 kilometer (15 batu) tenggara ibu negara, Guatemala City.

Polis pula terpaksa campur tangan selepas rusuhan berlaku di rumah tersebut yang mana kira-kira 60 kanak-kanak melarikan diri.

Sesetengah mendakwa penghuni rumah tersebut telah dizalimi atau dianiayai.

Jurucakap Oscar Franco seorang sukarelawan bomba berkata, sekurang-kurangnya 25 orang yang cedera telah dihantar ke hospital, sambil mengesahkan kematian 19 orang yang berumur antara 14 dan 17 tahun.

Kebakaran itu memusnahkan tempat perlindungan dalam beberapa minit sahaja.

Ketua Polis Guatemala, Nery Ramos berkata, kebakaran itu dimulakan oleh penghuni rumah perlindungan itu.

Selepas kebakaran itu, bomba menemui mayat yang dilitupi selimut sedang berbaring di salah satu bilik.

Kanak-kanak yang melarikan diri pada kejadian itu disebabkan oleh keadaan rumah perlindungan itu yang miskin dan menerima layanan buruk.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Guatemala dalam Twitter mengutuk tragedi itu sambil menyifatkan kanak-kanak dan remaja perlu dilindungi.

Laporan tempatan mengatakan kapasiti rumah adalah 400 orang tetapi jumlah yang ada melepasi angka tersebut.

Rumah perlindungan itu mengambil kanak-kanak sehingga umur 18 tahun yang mengalami penderaan atau ditinggalkan.

Tetapi media tempatan mendakwa, rumah perlindungan itu juga berfungsi sebagai pusat tahanan juvana, selepas mahkamah menghantar remaja yang terlibat dalam kes-kes jenayah. – MalaysiaGazette