Home Sukan Joe Hart merajuk dengan Man City

Joe Hart merajuk dengan Man City

LONDON – Gara-gara dipinjamkan ke kelab Serie A, Torino pada musim ini, Joe Hart tidak lagi terfikir untuk kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Penjaga gol England lebih selesa menjadi penjaga gol No.1 dan bukannya kembali ke Manchester sebagai simpanan.

Hart telah melakukan 26 penampilan untuk Torino pada musim ini.

Namun dia mengakui dia tidak tahu masa depannya jika tidak kembali ke Manchester.

“Saya antara pemain lebihan kepada Manchester City pada masa ini.

 “Saya suka bermain bola sepak. Saya perlu mencari tempat lain jika peluang tidak diberikan di sana.

“Saya tidak tahu mengenai masa depan saya dan apa yang boleh saya lakukan adalah bekerja keras dan melakukan apa yang terbaik bersama Torino,” katanya.

Hart beraksi satu perlawanan semasa di bawah kendalian Guardiola di City iaitu aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Steaua Bucharest pada Ogos sebelum dibenarkan berhijrah ke Itali.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu yang melakukan 68 penampilan bersama England turut menolak dakwaan mendapat layanan buruk daripada Guardiola. – MalaysiaGazette