Home Utama Nazri sahut cabaran debat Tun M

Nazri sahut cabaran debat Tun M

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berdebat.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ketika ini berada di Berlin kerana melakukan lawatan kerja dan Mahathir katanya sudah boleh melakukan persediaan bagi tujuan itu.

“Saya pulang 13 Mac, jadi beliau (Mahathir) sudah boleh buat persediaan,” katanya kepada sebuah laman portal.

Dalam satu majlis di Putrajaya semalam, Mahathir menolak cabaran Nazri yang mahu agar beliau bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengajak Nazri berdebat secara terbuka mengenai beberapa isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) , isu derma RM2.6 bilion dan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF).

Sebelum ini, Nazri mencabar Mahathir bertanding di kawasan parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia susulan selepas Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri itu mahu turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah PPBM hujung bulan ini. – MalaysiaGazette