Home Dunia Belanda larang pesawat bawa Menteri Luar Turki mendarat

Belanda larang pesawat bawa Menteri Luar Turki mendarat

Mevlut Cavusoglu

THE HAGUE – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte melarang sebuah pesawat yang membawa Menteri Luar Turki mendarat di negara itu dengan berkata lawatan beliau akan mengancam penduduk awam.

Langkah tersebut dilakukan selepas Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata beliau akan ke Rotterdam walaupun larangan untuk berucap pada satu perhimpunan telah dikenakan ke atasnya.

Penduduk Belanda akan membuang undi pada Rabu ini dengan sentimen anti pendatang memainkan peranan utama.

Rutte berkata dalam laman Fecebooknya, jika Cavusoglu yang mahukan perhimpun awam dilakukan secara besar-besaran dibenarkan masuk ke negara itu, rundingan dengan Turki akan gagal.

Ancaman Turki untuk mengenakan sekatan jika Cavusoglu tidak dibenarkan memasuki negara itu ‘merupakan penyelesaian munasabah yang mustahil’, kata Rutte.