Home Dunia Penunjuk perasaan Turki turunkan bendera Belanda di luar konsulat di Istanbul

Penunjuk perasaan Turki turunkan bendera Belanda di luar konsulat di Istanbul

ISTANBUL – Para penunjuk perasaan di luar konsulat besar Belanda di Istanbul, Turki menurunkan bendera Belanda ketika hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tegang.

Rangkaian televisyen, NTV melaporkan bendera Belanda yang diturunkan itu diganti dengan bendera Turki.

Demostrasi antara kedua-dua kerajaan memuncak berikutan usaha Turki melaksanakan referendum perlembagaan yang memberikan lebih banyak kuasa kepada presiden pada bulan hadapan dengan mendapatkan sokongan warga Turki di Belanda.

Semalam, pihak berkuasa Belanda menolak permintaan Menteri Luar Turki untuk mendarat, dan Menteri Hal Ehwal Keluarga Turki diusir selepas memasuki Belanda melalui darat bagi menghadiri perhimpunan politik.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan menggelar pihak berkuasa Belanda sebagai ‘sisa-sisa Nazi, fasis’ selepas kebenaran pesawat yang membawa Mevlut Cavusoglu ditarik. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte membalas dengan berkata, kenyataan tersebut adalah ‘keterlaluan’.

Pertembungan berlaku di jalan-jalan di Rotterdam malam semalam ketika penunjuk perasaan warga Turki berlangsung. Perhimpunan bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang menyembur air untuk menyuraikan mereka.